Published
- 6 min read
2018 Lamborghini Huracan Performante LP640-4
Di Malaysia, budaya memiliki kereta Lamborghini telah membanjiri di seluruh ibukota negara terutamanya di Kuala Lumpur. Lamborghini Huracan adalah kesinambungan dari model Gallardo sebelumnya.
Pada era media sosial menjadi platfom utama oleh para usahawan, mereka mengambil kesempatan untuk memanfaatkannya sambil menunjukan kereta masing-masing sebagai lambang kejayaan menerusi Lamborghini. Tidak hairan jika Lamborghini diletakkan sebagai penyeri kepada media sosial kerana rupa bentuk yang fancy dan megah serta beraneka warna pilihan menjadikan pemiliknya bangga ketika memandu di hutan-hutan batu.
Dengan deruman enjin V10 N/A yang kuat menggegarkan di setiap penjuru batu di tengah ibukota. Kedengaran deruman enjin telah membuatkan orang ramai mengalihkan tumpuan ketika sedang menikmati kopi, mereka terhenti seketika dan menolehkan kepala (head-turning mode) mencari dari mana datangnya deruman itu. Deruman yang kuat dan tidak memekakkan telinga, bunyi yang rangup serta mengasyikkan.
Budaya Lamborghini tidak pernah kering di bibir ahli usahawan berjaya untuk memilikinya.
Terdapat beberapa variasi Lamborghini Huracan, Huracan LP580-2, Huracan LP610-4 dan Huracan LP640-4 Performante.
Pada ketika ini, Performante adalah variasi tertinggi dalam hirarki Huracan, dan masih mengekalkan tradisi konservatif enjin V10 N/A, pure V enjin. Performante sebuah supercar pendek (short-wheel based) jika dibezakan dengan model Aventador yang panjang (long-wheel based).
Walaupun tidak benyak perbezaan dengan model sebelumnya iaitu Gallardo, Performante lebih ringan untuk perlumbaan di jalanan berbanding Gallardo. Ketika saya mamandu Gallado dari Kuala Lumpur ke Yon Peng pada tahun 2012 untuk menyerahkan kepada pembeli, Gallardo lebih solid dan terasa semakin mendak di lebuhraya ketika sedang memecut laju. Semakin laju semakin berat dan mendak membuatkan keadaan kereta lebih melekat di atas jalan, kelajuan dan laluan angin (air-flow aerodynamic) menyebabkan Gallardo lebih stabil di atas jalan raya. Saya tidak terasa laju dan gayat walaupun bacaan meter sudah mencapai sehingga 205km/h dengan enjin V10 5.0 N/A E-Gear.
Saya terpaksa membuat perbandingan antara Huracan dan Gallardo kerana dua model ini mempunyai mirip dan spesifikasi yang hampir sama dari faktor size chasis dan enjin. Hanya perbezaan kecil rupa bentuk dan lain-lain kosmetik.
Performante lebih ringan ketika memecut di lebuhraya DUKE kerana kerangka badan dinaik-taraf dengan gabungan Karbon Fiber untuk menjadikan kereta tersebut ringan dan memenuhi syarat perlumbaan di trek. Atas faktor perlumbaan, syarat sebuah kereta supercar lazimnya akan memberi tumpuan kepada berat yang perlu dikurangkan agar dapat memenangi dalam setiap perlumbaan.
Selain dari persaingan kelajuan enjin, dunia kereta lumba juga bersaing dalam mengurangkan berat kereta lumba masing-masing. Perbezaan berat antara Gallardo dan Huracan, Gallardo seberat diantara 1,410kg bergantung kepada jenis modelnya samada spider atau coupe. Manakala, Huracan seberat 1,382kg untuk versi standard kerana penggunaan material ringan seperti karbon fiber.
Jadi, perbezaan antara Huracan dan Gallardo adalah 138kg. Perbezaan berat ini dapat mendominasi kepada apa-apa pertandingan walaupun ia masih subjektif kepada kemahiran pemanduannya.
Dari segi keselesaan pemanduan pula, Huracan terdapat dua jenis kerusi, comfort seat dan sport seat.
Ketika memandu Huracan, saya memandu jenis menggunakan sport seat kerana pada masa ini hanya model sport seat sahaja yang tinggal. Tidak sesuai jika saya berkongsi tentang keselesaan dalaman Huracan kerana Huracan Performante kebanyakannya didatangkan dengan pakej sport seat. Performante memberikan tumpuan penuh hanya kepada aktiviti perlumbaan atau saya sebut sebagai kereta bermusim (occasional-car) atau weekend car.
Tambahan, jalan raya di Malaysia ini cukup sesak dan kaya dengan lopak-lopak di jalan raya. Saya sendiri merasa lenguh di bahagian belakang badan ketika mamandu di dalam kota sekitar Pavilion apabila selesai memecut di lebuh raya DUKE.
Di lebuh raya DUKE, lembu liar ini mudah dikendalikan ketika bergerak untuk memecut kerana ia tidak menggayatkan dan memberi keyakinan penuh untuk menekan pedal minyak pada tahap maksimum, di selekoh pula, lembu liar ini dapat diseimbangan di selekoh tajam pada kelajuan tinggi sekaligus teknologi pacuan empat-roda (4WD) ini menstabikan kereta ketika pada selekoh tajam. LP640-4 bermakna pacuan empat-road, LP580-2 bermakna dua pacuan road. Teknologi yang dibanggakan ini juga dikongsi pada Porsche dan Volkswagen, hanya dapat dibezakan melalui istilah yang digunakan, jika Volkswagen disebut (4-motion) dan Porsche (4 or 4S).
Sejak dari tahun 2011, reka bentuk hiasan dalaman Lamborghini lebih kelihatan moden. Ia salah satu selling-point kepada penjual. Orientasi reka bentuk kokpit seperti jet pejuang dengan hiasan butang estetik memberikan ransangan kepada pemandu seperti mod ingin berlepas (ready to take-off).
Pemandu merasa seolah-oleh sedang duduk di dalam sebuah jet pejuang. Saya ucapkan jutaan terima kasih kepada Lamborghini kerana telah berjaya memasukan sentimen jet pejuang dalam Lamborghini yang selaras dengan bunyi dan prestasi enjin yang besar. Ini menjadikan Lamborghini lebih mudah terjual di seluruh dunia berbanding Ferrari!
Kebanyakan pembeli membeli Lamborghini adalah kerana reka bentuk kokpitnya yang unik dan kompleks.
Reka bentuk luaran pula, model Performante dilengkapi dengan spoiler di bahagian belakang atau (GT-wing), ini dapat dibezakan antara model Huracan LP610-4 dan Huracan Performante LP640-4. Bagi mengurangkan berat pula, Lamborghini tidak menggunakan material karbon fiber biasa, tetapi menggunakan teknologi baru iaitu (Forged Carbon Composite) yang kelihatan lebih sofistikated dan berkilat tidak seperti material biasa karbon fiber.
Enjin yang mengeluarkan kuasa kuda sehingga 640 ini cukup laju walaupun ketika saya memandu saya tidak dapat menikmati kesemua kuasa kuda tersebut disebabkan oleh lebuh raya DUKE tidak begitu panjang.
Bunyi letupan V10 hanya kedengaran ketika menukar kepada gear rendah dalam rev rpm yang tinggi. Sesuai semasa memandu jika menurunkan gear untuk memotong, saya dapat meninggalkan bunyi letupan ketika memintas si kalah di DUKE.
Ini pengalaman paling seronok ketika memandu Performante!
Saya sarankan kepada bakal pembeli jika ingin memiliki Lamborghini Huracan Performante, ia tidak begitu murah, harga di Malaysia bermula dari RM1,790,000.00 untuk model recon tahun 2019.
Saya sangat mencadangkan untuk memilikinya kerana pembeli yang sayangkan enjin lama V N/A, Huracan adalah paling sesuai sebagai pelaburan akan datang, oleh sebab Ferrari telah dinodai oleh enjin turbo V8. Lamborghini sahaja masih berpendirian teguh mengekalkan enjin V N/A serta tidak hairan dengan evolusi enjin turbo walaupun ia laju! Dengan harga satu setengah juta, Huracan Performante adalah pilihan yang tepat.
Pembeli boleh menyertai pertubuhan kelab sosial di Malaysia untuk aktiviti konvoi. Di Malaysia sedang membudayakan Lamborghini sebagai simbol kejayaan. Boleh saja mengambil peluang ini.
Spesifikasi
Spesifikasi | Parameter |
---|---|
Enjin | 5.2-liter V10 naturally aspirated |
Kuasa kuda | 640 PS (631 hp) pada 8,000 rpm |
Tork | 600 Nm (443 lb-ft) pada 6,500 rpm |
Transmisi | 7-speed dual-clutch automatic (Lamborghini Doppia Frizione - LDF) |
Rotasi | All-wheel drive (AWD) |
Kelajuan Maksima | 325 km/jam (202 mph) |
0-100 km/jam | 2.9 saat |
Berat | 1,382 kg (3,047 lbs) |
Sistem Suspensi | Magnetorheological dampers dan aktif suspensi |
Sistem brek | Carbon-ceramic brakes dengan kaliper aluminium |
Aerodinamika | Aerodinamica Lamborghini Attiva (ALA) |
Roda | Velg 20 inci dengan ban Pirelli P Zero Corsa |
Dalaman | Alcantara dengan elemen serat karbon, sistem infotainment Lamborghini |