Published
- 3 min read
2021 Ferrari SF90 Stradale 1000bhp
Saya amat tersinggung dengan Ferrari. Penjajahan teknologi canggih sehingga jenama teragung ini hilang identitinya sebagai jaguh trek mahupun di jalan raya.
Saya cukup faham mengapa jualan Ferrari merudum semenjak kelahiran ‘kuda suntik ini’. Jenama Itali ini cukup gah dan penuh kebanggaan kini telah menjadi ‘kuda sarkas’ setelah disuntik hybrid walaupun kuasanya mencapai hingga 1000 kuasa kuda tetapi secara alegoris suara ngauman deruman telah disembelih oleh revolusi teknologi hari ini.
Ferrari SF90 Stradale merupakan model kereta super hybrid dari Ferrari yang menggabungkan kuasa elektrik dengan enjin pembakaran dalaman. Kereta ini menampilkan prestasi yang luar biasa serta teknologi terkini, menjadikannya salah satu kereta yang paling canggih di pasaran.
Dari pengalaman pandu-uji, saya akan berkongsi pengalaman pemanduan serta memberikan kritikan peribadi mengenai Ferrari SF90 Stradale.
Spesifikasi Ferrari SF90 Stradale
Spesifikasi | Parameter |
---|---|
Enjin | V8 twin-turbo 4.0 liter |
Motor Elektrik | Tiga motor elektrik |
Kuasa Kuda | 986 hp |
Pecutan | 0-100 km/j dalam 2.5 saat |
Kelajuan Maksimum | 340 km/j |
Transmisi | 8-kelajuan automatik dual-clutch |
Pacuan | 4WD |
Berat | 1570 kg |
Pengalaman Pemanduan
Pengalaman pandu-uji Ferrari SF90 Stradale adalah satu pengalaman yang menakjubkan.
Sebaik sahaja anda duduk di dalam kereta ini, suasana mewah dan teknologi canggih menjadikan anda ‘overwhelming’. Kerusi kulit yang mewah dan futuristik digital dashboard menjadikan anda unggul dan mungkin kekok sedikit kerana anda tidak akan mendengar deruman enjin seperti sediakala.
Inilah yang terawal saya sentap dengan kuda Itali ini, deruman mekanikal enjin V8 tidak kedengaran seperti yang ditunggu.
Logikanya yang pertama sekali apabila menaiki kereta super akan mengharapkan suatu bunyi yang mengkhayalkan, tetapi tidak untuk kali ini. Tetapi tidak mengapa, inilah sifat hybrid yang mesra alam dan boleh dikawal seperti ‘haiwan sarkas’.
Apabila mode enjin dihidupkan, bunyi enjin V8 twin-turbo yang garang bergema dan memberi isyarat kepada kuasa yang menunggu untuk dilepaskan.
Pemanduan dalam mod elektrik adalah senyap dan lancar, sesuai untuk pemanduan dalam bandar yang tenang. Tetapi bila anda menukar kepada race-mode, kereta ini benar-benar menunjukkan kenakalannya. Pecutan yang luar biasa membolehkan kereta ini meluncur dari 0 ke 100 km/j hanya 2.5 saat! Sistem kawalan dinamik yang canggih memastikan kestabilan dan kawalan yang baik walaupun pada kelajuan tinggi.
Pengalaman ketika pandu-uji adalah cukup responsif, dengan steereng yang bertepatan dan suspension mencorakan perjalanan tidak bosan walaupun di jalan yang tidak rata seperti di Malaysia.
Singgungan
Walaupun Ferrari SF90 Stradale adalah sebuah kereta yang hampir sempurna, terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki untuk menjadikannya lebih baik kepada bakal pemiliknya.
- Kawalan Sistem Infotainment: Sistem infotainment boleh menjadi agak kompleks untuk dikendalikan semasa memandu. Ruangan yang berubah sususan menu atau peningkatan kawalan suara (voice command) boleh membantu pemandu untuk tetap fokus pada jalan raya.
- Ruang Penyimpanan: Seperti kebanyakan kereta super, Ferrari SF90 Stradale tidak menawarkan banyak ruang penyimpanan. Menambah sedikit ruang untuk barang-barang kecil boleh menjadikan kereta ini lebih praktikal untuk kegunaan harian. Sebenarnya supercar tidak tertumpu pada ruang penyimpanan barang kerana ini adalah kereta lumba.
- Harga dan Kos Penyelenggaraan: Ferrari SF90 Stradale adalah pelaburan yang besar dengan kos pembelian yang tinggi dan kos penyelenggaraan yang juga tidak murah. Ferrari mungkin boleh mempertimbangkan untuk menawarkan pakej penyelenggaraan yang lebih berpatutan atau insentif lain untuk menarik lebih ramai pembeli khususnya di Malaysia.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Ferrari SF90 Stradale adalah sebuah kereta yang luar biasa dari segi prestasi, teknologi, dan reka bentuk walaupun reka bentuknya sedikit terhakis dari sebelumnya. Meskipun terdapat beberapa aspek yang boleh diperbaiki, pengalaman pandu-uji yang baru dan berbeza ini adalah sesuatu yang sukar diterjemahkan.
Dengan beberapa peningkatan kecil, ia boleh menjadi kereta super yang hampir sempurna. Bagi mereka yang mencari pengalaman pemanduan yang luar biasa dan tidak keberatan dengan kos yang tinggi, Ferrari SF90 Stradale adalah pilihan yang sangat tepat.
Jika tidak, anda boleh kekal dengan model Ferrari yang konservatif. Video saya sedang pandu-uji sekitar DUKE highway