Published
- 3 min read
2021 BMW M5 Competition 4.4 V8 Twin-Turbo Puaka Jalanan
BMW M5 Competition 2021 adalah simbol keunggulan dalam dunia sedan mewah berprestasi tinggi. Saya amat bertuah kerana sentiasa berpeluang memandu uji kereta ini.
Pengalaman tersebut adalah sesuatu yang memberi signifikan. Dari saat saya memulas kunci hingga meletakkan kereta kembali ke parkir, setiap saat dipenuhi dengan rasa keterujaan dan kekaguman terhadap kejuruteraan Jerman yang tiada tandingannya.
Video
BMW M5 Competition ini benar-benar suatu jentera yang gila. Dikuasakan oleh enjin 4.4-liter V8 twin-turbo yang menghasilkan 617 kuasa kuda dan 750 Nm tork, kereta ini memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 3.1 saat.
Pecutan ini dirasakan seperti ditolak ke belakang kerusi, tetapi dengan pengendalian dan kestabilan yang mengagumkan. Sistem pacuan semua roda (xDrive) memberi keyakinan pada setiap selekoh, sementara mod pacuan roda belakang yang boleh dipilih membuat rasa stim untuk mereka yang gemar sedikit “tail-happy” dalam pemanduan mereka.
Ketika memandu dalam keadaan normal, M5 Competition terasa seperti sebuah sedan mewah yang selesa, dengan suspensi adaptif yang menyerap segala lubang lopak jalan khususnya di jalan raya Malaysia. Namun, apabila beralih ke mod Sport atau Sport+, kereta ini berubah menjadi haiwan buas, dengan refleks enjin yang lebih tajam, transmisi yang lebih agresif, dan bunyi ekzos yang mengaum serta tidak dibenci oleh jiran jalan raya malahan menarik perhatian orang ramai.
Walau bagaimanapun, M5 Competition ini hampir sempurna, terdapat beberapa perkara yang mungkin boleh dikritik. Contohnya, walaupun sistem infotainmen iDrive adalah antara yang terbaik di pasaran, ia mungkin sedikit rumit bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakannya. Ini mungkin mengganggu fokus pemandu jika mereka cuba menavigasi melalui pelbagai menu semasa memandu.
Selain itu, walaupun M5 Competition direka untuk pemanduan yang berprestasi tinggi, harga premium yang dikenakan mungkin agak sukar untuk diterima oleh sebahagian besar pembeli, terutamanya apabila terdapat pilihan lain yang lebih murah dengan prestasi hampir setara. Dengan harga yang premium, pembeli mungkin mengalami pelbagai pilihan dengan kereta lain. Jika mereka memilih untuk meraih populariti, ini bukanlah kereta yang sesuai. Jika mereka menghargai teknologi enjin yang konservatif, M5 adalah pilihan yang tepat.
Secara keseluruhannya, BMW M5 Competition 2021 adalah sebuah kereta yang menggandingkan prestasi luar biasa dengan kemewahan, tetapi dengan sedikit ruang untuk penambahbaikan dalam aspek penggunaannya dan tahap harga.
Spesifikasi Utama BMW M5 Competition 2021:
Spesifikasi | Parameter |
---|---|
Enjin | 4.4-liter V8 twin-turbo |
Kuasa Kuda | 617 hp |
Tork | 750 Nm |
Pecutan | 0-100 km/j dalam 3.1 saat |
Kelajuan Maksimum | 305 km/j (dengan M Driver’s Package) |
Transmisi | 8-kelajuan automatik Steptronic |
Pacuan | Semua roda (AWD) dengan mod pacuan roda belakang |
Suspensi | Adaptif M |
Berat | 1,945 kg (kosong) |
Harga Puaka | Sekitar RM 1.1 juta (bergantung kepada spesifikasi tambahan) |
BMW M5 Competition 2021 menghasilkan pengalaman pandu-uji yang mendalam dan memuaskan, tetapi bagi mereka yang mencari kesempurnaan dalam setiap aspek, mungkin ada beberapa kekurangan kecil yang perlu disemak imbang.