Home

Published

- 4 min read

2024 Toyota Alphard 2.4L Turbo Modelista

img of 2024 Toyota Alphard 2.4L Turbo Modelista

Toyota sebuah jenama ekonomi yang dikenali serantau dunia sebagai keperluan asas pada sesebuah keluarga besar. Jenama yang dikategorikan sebagai kelas ekonomi mampu milik sederhana selain dari jenama tempatan Proton dan Perodua.

Dari aspek penjagaan dan baik-pulih tidak menelan perbelanjaan yang besar dan mampu dimiliki oleh semua kelas T20. Di Malaysia, Alphard dikenali sebagai kereta mampu milik sederhana, tetapi di negara Jepun sebagai kereta nasional kelas ekonomi.

Dengan jalinan hubungan sosioekonomi dengan negara jiran, negara-negara yang mendapat permintaan dari Jepun adalah Bangladesh, Belarus, Rusia, Timur Tengah China dan Asia Tenggara.

Jenama ini diklasifikasikan sebagai MPV mewah di pasaran Asia Tenggara terutama di Malaysia.

Pandu-Uji

Kali ini saya ingin sajikan kisah sebuah ‘van mewah’ di Malaysia, saya diberi keizinan oleh rakan saya untuk mengkritik kereta yang baru dibeli oleh beliau.

Beliau membelinya langsung dari showroom Toyota dan bukan melalui saya. Bermakna ia adalah Toyota Alphard 2.4L Turbo Modelista baru!

Dengan teknologi enjin yang baru 2.4L Turbo. Reka bentuk exterior yang moden walaupun bermirip seperti Alphard model sebelumnya tahun 2015-2022.

Evolusi Alphard berkembang matang sejak dari tahun kelahirannya 2002. Konsep yang sama dengan 7 dan 8 tempat duduk sesuai untuk membawa penumpang antara7 hingga 8 orang.

Sudah bertahun saya memandu Alphard dalam pelbagai varian dari yang paling rendah spesifikasi hingga yang paling tinggi. Cuma kali ini saya agak kecewa dengan model 2024 yang baru ini. Oleh kerana Alphard bukanlah sebuah MPV yang berfokus pada kelajuan, tetapi saya menjangkakan sesuatu perubahan pada enjin tidak seperti jangkaan.

Malahan ia lebih teruk dan mengecewakan. Lebih baik 2.5L enjin sebelumnya. Kerana tidak merasa apa-apa kemajuan dari prestasi enjinnya. Saya mengkritik pada perasaan ketika memandunya dan bukan pada penjimatan bahan bakar.

Mungkin 2.4L Turbo lebih menjimatkan petrol dari enjin sebelumnya. Walaupun dinaik-taraf dengan turbo, mungkin membantu pemilik untuk memandu naik bukit di Genting dengan lancar dan tidak sebu.

Rim

Bagi saya mudah, saiz rim 20” tidak sesuai untuk MPV dengan kapasiti enjin 2.4L, walaupun dinaik-taraf dengan Turbo, rim 20” sekadar memuaskan orang lain untuk melihatnya tetapi tidak pada kelajuan sebenar kerana terlalu berat.

Bahagian lain Alphard, pengalaman pemanduannya lebih merasa kedap dan solid.

Interior/ Exterior

Kali ini, Alphard lebih menarik struktur dalamannya dengan komponen-komponen berwajah baru, skrin lebih besar dan tidak menyilaukan.

Mewah

Sulaman warna bronze pada bahagian panel lebih kontras dan elegan. Anda merasa seolah-olah menaiki sebuah Mercedes S-Class. Hiasan dalam penuh dengan kemewahan dihiasi dengan adunan kulit pada kerusi.

Terapi

Ia didatangkan dengan HUD (Head-up Display) yang tidak terdapat pada model sebelumnya. Perubahan ketara pada bumbung matahari (sunroof), Alphard menghasilkan cara untuk buka sunroof berlainan dengan kereta lain, ini hanya menyumbang kepada penumpang sebagai sesi terapi ketika memandu dalam keadaan hujan, takungan air diatas akan membuat penumpang merasa nyaman dan mengantuk, sesuai untuk kegunaan perjalanan jauh.

Alphard juga menyediakan tema mod untuk menukar warna lampu (ambient-light) mengikut sesi perjalanan yang bersesuaian.

Executive Lounge

Kebetulan, saya dapat model Executive Lounge, kerusi yang signifikan iaitu Pilot Seat, model ini sama seperti anda bercuti dengan menempah tiket business-class, saya tidak menyebut Pilot Seat, lebih tepat adalah Toyota Alphard Business Class.

Businees-class ini terdapat remote untuk mengawal infotainmen pada skrin belakang dan juga pengghawa dingin untuk kawalan suhu. Tempat rehat kaki (foot-rest) juga membantu isteri anda atau taukeh-taukeh ketika dalam perjalanan jauh agar penumpang dapat merehatkan kaki.

Head-rest pula sangat istimewa, atau dipanggil (head-rest mickey mouse) khusus untuk tidur sambil menstabilkan kepala penumpang agar tidak bergerak kiri atau kanan.

Lain-lain bahagian saya tidak ada komen yang panjang, keseluruhannya hampir sama dengan semua sifat-sifat Alphard.

Kehendak Pembeli

Alphard atau Vellfire tidak ada banyak perbezaan selain lampu depan dan juga belakang. Tetapi tidak untuk kali ini. Mengikut selera masing-masing, ada yang suka Alphard dan ada yang suka Vellfire.

Untuk Alphard model recon khususnya spesifikasi Japan, Alphard hanya didatangkan dengan enjin 2.5L non-turbo. Bagi model baru dari Toyota, Alphard didatangkan dengan enjin 2.4L Turbo enjin baru.

Manakala, Vellfire recon pula, ia didatangkan dengan enjin 2.4L Turbo, dan Alphard dengan enjin 2.5L. Ini telah menjadi dilema pembeli, mudah sahaja, jika anda pentingkan enjin baru, anda boleh terus beli dengan langsung dari Toyota, kerana Toyota Alphard untuk spesifikasi Malaysia didatangkan dengan enjin 2.4L Turbo enjin baru, Vellfire pula didatangkan dengan enjin 2.5L non-turbo. Bagi saya mudah, ikut bagaimana anda mengendalikan kehendak sendiri. Pembeli memilih untuk membeli jenis recon biasanya kereta tersebut tidak ada untuk model jenis baru atau mereka terpaksa menunggu kurang lebih hampir setahun.

Saranan

Jika anda membeli Alphard atau Vellfire oleh sebab ‘Business-Class”, ingatkan kepada para suami bahawa suami hanya berfungsi sebagai pemandu sepanjang perjalanan dan tidak dapat merasa Business-Class di bahagian penumpang.

Jika anda menggunakan drebar, Alphard Business-Class adalah pilihan yang paling tepat.

Related Posts

There are no related posts yet. 😢