Home

Published

- 4 min read

2024 Lamborghini Urus Performante

img of 2024 Lamborghini Urus Performante

Daripada pengalaman pandu-uji Urus yang terbaru iaitu Urus Performante tidaklah meninggalkan kesan yang begitu signifikan. Pandu-uji sebelum ini cukup menimbulkan sifat ‘membongak’ ketika memandunya.

Untuk pengetahuan, Lamborghini Urus bukanlah diketegorikan dalam segmen SUV’s, tetapi ia adalah segmen SAC’s (Sport Activity Coupe), ramai yang salah anggap tentang perkara ini. Jentera ini memberikan tumpuan dalam semua aspek seperti terdapat sentuhan kereta lumba berprestasi tinggi, kereta harian, kereta keluarga dan pelbagai guna kerana ia memenuhi semua syarat untuk kehendak serakah masing-masing.

Jika dibandingkan dari keluasan tempat duduk penumpang dengan SUV yang lain, Urus tidak dapat menyediakan tempat duduk penumpang yang selesa kerana Urus dalam ketegori SAC. Dalam erti kata lain, urus bukanlah sebuah kereta untuk menghantar anak-anak pergi ke sekolah, tetapi ia adalah “lihatlah aku”.

Urus dilahirkan kononnya untuk menghapuskan SUV lainnya dan mengklaim dia adalah SAC terpantas di dunia.

Bagi yang masih menghargai enjin V atau N/A dari Lamborghini pula telah menzahirkan rasa kecewa kepada Lamborghini kerana ia telah memecahkan tradisi keunggulan enjin V N/A. Tidak seperti F1 dan Ferrari yang telah diceroboh oleh enjin turbo sekaligus menghilangkan suara deruman singa N/A kepada suara ‘kucing’. \

Walaupun Lamborghini terpaksa mengikuti arus perdana kemajuan teknologi automotif, ia tetap mendapat jualan tinggi hingga tahun 2024 sebanyak 6087 unit seluruh dunia (sumber: www.caranddriver.com). Bermakna jualan sentiasa mendapat permintaan selama 7 tahun.

Dalam tradisi Lamborghini, pada tahun 2018 adalah permulaan pertama Lamborghini menghasilkan sebuah SUV atau Super SUV dalam ketegori supercar berbanding dengan model supercar yang lain seperti Porsche, diikuti pula dengan Aston Martin dengan model DBX. Bagaimana pun, Urus Performante tidak mempunyai banyak perbezaan dengan Urus sebelumnya. Hanya beberapa ciri sahaja dipertingkatkan. Terdapat juga beberapa model Urus, Urus, Urus S, Urus SE dan Urus Performante. Urus S lebih versatile dan Urus Performante lebih berfokus pada prestasi lumba dan orientasi trek.

Pada pendapat saya, Lamborghini Urus bukanlah Lamborghini sebenar, kerana jenis enjin adalah turbo dimana Lamborghini tidak pernah menghasilkan enjin turbo kepada model Gallardo, Huracan, Murchielago dan Aventador. Teknologi enjin dikongsi dengan Audi RSQ8, RS6 dan Porsche Cayenne GTS, Turbo GT. Volkswagen adalah syarikat induk yang akan mengeluarkan produk baru yang tidak akan melanggar syarat atau identiti supercar. Hal ini merujuk kepada Urus, Cayenne Turbo/GTS dan RSQ8. Tidak seperti jenama gah Italy, Ferrari telah membuat anjakan paradigma dengan menggunakan enjin Twin-Turbo kepada model 488.

Saya syorkan jika pembeli ingin memiliki Lamborghini Urus Performante, anda boleh sahaja memilih untuk membeli Urus model pertama dan tidak perlu untuk Performante. Kerana perbezaan harga yang ketara tidak akan memberi makna jika anda bukan seorang yang menghargai teknologi enjin atau performance oriented, anda tetap mendapat perhatian dan merasakan dunia ini anda yang punya. Tetapi jika anda seorang jutawan dan ingin berlumba menunjukan kekayaan, boleh sahaja anda memilih untuk membeli Urus Performante! Atau anda seorang yang suka tentang kelajuan dan inginkan keselesaan untuk pemanduan harian, Urus Performante adalah piliha yang tepat.

Spesifikasi

SpesifikasiParameter
Enjin
  • 4.0-liter V8 Twin-Turbo
  • 641 kuasa kuda (650 PS)
  • 850 Nm tork
Prestasi
  • 0 hingga 100 km/j dalam masa 3.3 saat
  • Kelajuan maksima: 306 km/j
  • Sistem pacuan semua roda (AWD)
TransmisiAutomatik 8-kelajuan
Suspensi
  • Suspensi sport yang ditala khas
  • Sistem suspensi udara adaptif
Berat2,150 kg (lebih ringan berbanding model Urus biasa, berkat penggunaan bahan ringan seperti serat karbon)
Tayar
  • Tayar Pirelli P Zero Trofeo R yang lebih agresif, direka khas untuk Urus Performante
  • Rim aloi 23 inci (tersedia pilihan saiz lebih kecil)
Sistem Brek
  • Brek seramik karbon (paling besar dalam dunia)
  • Kaliper brek berwarna khas Lamborghini
Mod Pemanduan
  • Strada (Jalan)
  • Sport
  • Corsa (Litar)
  • Terra (Lumpur/Off-road)
  • Sabbia (Pasir)
  • Neve (Salji)
  • Rally (untuk pemanduan off-road yang lebih lasak)
Reka Bentuk Luaran
  • Bumper depan dan belakang yang lebih agresif, dengan diffuser yang besar
  • Sayap belakang baru untuk lebih downforce
  • Material serat karbon digunakan di bahagian hood dan panel badan lain
Interior
  • Material Alcantara dengan pilihan jahitan kontras
  • Paparan infotainmen dengan sistem Lamborghini Infotainment System (LIS)
  • Sistem Bang & Olufsen dengan 3D surround sound
Harga (anggaran)Harga bermula sekitar RM1,100,000.00 tidak termasuk cukai kastam (bergantung kepada spesifikasi)