Home

Published

- 4 min read

Porsche 911.2 GT2 RS 2018- DUKE Highway

img of Porsche 911.2 GT2 RS 2018- DUKE Highway

Porsche 911.2 GT2 RS 2018 bukan sekadar kereta, ia adalah kepuasan nafsu serakah gaya hidup, minat mendalam mengenai kejuruteraan konservatif dan mainan kaum lelaki. Dalam dunia motorsport, sebenarnya GT2 RS adalah ikon signifikan yang menonjol dengan kenakalan dalam setiap aspek.

Dari pertama kali saya melihatnya hingga saat saya sendiri merasai pengalaman pemanduannya, GT2 RS mencungkilkan sifat nakal lekaki yang sebenar dan bongkak secara tidak sedar! Mamandu di Trek lebuhraya DUKE semestinya tidak mencapai kepuasan serakah kelajuan, pendek kata monster ini terpendam untuk membuktikan keliarannya. Walau bagaimanapun, kami konvoi tiga kereta Porsche 992 Turbo S, Porsche 992 C4S dan Porsche 991.2 GT2 RS meneroka lebuhraya DUKE hingga Mon’t Kiara untuk tujuan pengambaran dan video tidak cukup untuk memahami karakter sebenar ketiga-tiga Porsche ini.

Porsche 992 Turbo S, Porsche 992 C4S dan Porsche 991.2 GT2 RS

Tidak dinafikan, GT2 RS adalah yang paling laju antara dua Porsche ini, tetapi ia mengikut spesikasi trek dan tidak mesra di jalan raya. Agak sukar untuk memandunya ketika konvoi.

Rekabentuk dan Estetika

Satu pandangan pertama pada Porsche 911.2 GT2 RS 2018 sudah cukup untuk membuat anda jatuh cinta. Rekabentuk body yang tiada perubahan sejak berpuluh tahun yang aerodinamik dan agresif direka untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan pada kelajuan tinggi khususnya di Trek.

Bahagian depan yang garang (seperti katak) dengan lubang udara besar, sayap belakang yang besar dan sulaman karbon menaikan sentuhan eksklusif yang menjadikan kereta ini tetap unggul di atas jalan raya. Pada pandangan saya, pemilik kereta ini tidak memilikinya hanya untuk parking di pusat beli-belah seperti Pavilion atau hotel-hotel mewah, jauh sekali bukan untuk menyertai mana-mana komuniti sosial, sebaliknya mereka hanya memiliki untuk menikmati teknologi enjin yang konservatif dan berbeza dari arus perdana.

Bahagian depan yang garang (seperti katak) dengan lubang udara besar, sayap belakang yang besar dan sulaman karbon menaikan sentuhan eksklusif yang menjadikan kereta ini tetap unggul di atas jalan raya

Umumnya, GT2 RS tidak murah untuk dimiliki dan harganya pada tahun 2016 mencecah sehingga RM2.5 juta. Mungkin anda akan menyesal setelah membelinya kerana kereta ini tidak akan memberikan anda ‘vibe’ seperti yang anda harapkan di Pavilion, sebaliknya ‘vibe’ hanya pada intrinsik anda.

Prestasi dan Kuasa

GT2 RS 2018 dilengkapi dengan enjin 3.8 liter flat-six turbocharged yang menghasilkan 700 kuasa kuda antara yang tetinggi dalam hirarki 911.

GT2 RS 2018 dilengkapi dengan enjin 3.8 liter flat-six turbocharged yang menghasilkan 700 kuasa kuda antara yang tetinggi dalam hirarki 911

Dengan transmisi automatik PDK 7 kelajuan, ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j dalam masa hanya 2.7 saat. Ini bukan sahaja mengenai kelajuan di jalan lurus,  GT2 RS juga memberikan pengalaman pemanduan yang memukau di selekoh-selekoh tajam dan jalan berliku. Saya sendiri ketika mamandu kereta ini seolah-olah ter ‘hipnotis’ hingga seluruh badan menggigil.

Pengalaman Pemanduan

Mengendalikan GT2 RS adalah pengalaman yang sukar digambarkan dengan kata-kata dan anda mungkin meluat mendengar perbahasan kami di video. Sterengnya yang tepat memberikan respon yang luar biasa dan menjadikan setiap perjalanan bagaikan sebuah perjuangan.

Suspension yang ditala dengan sempurna memberikan keseimbangan antara keselesaan dan prestasi yang agresif. Sebenarnya memandu GT2 RS tidak begitu selesa seperti yang anda harapkan, anda mungkin akan menipu diri sendiri kononya GT2 RS ini selesa dan sanggup meneroka pemanduannya dengan kerap demi mencari keselesaan yang tidak mungkin anda menemuinya.

Walaupun di litar, GT2 RS mengeluarkan keupayaannya sebenar dengan kawalan cengkaman yang melekat dan kestabilan yang mengagumkan.

Jika diberi pilihan samada GT2 RS dan 992 Turbo S, saya memilih 992 Turbo S untuk dimiliki kerana ia merangkumi seluruh aspek keselesaan, kelajuan, rekabentuk simple dan semestinya tetap unggul dalam hierarki 911.

992 Turbo S boleh dipandu setiap hari berbanding GT2 RS hanya menyerlah di litar.

992 Turbo S boleh dipandu setiap hari berbanding GT2 RS hanya menyerlah di litar

Teknologi Konservatif

Di dalam kabin, anda akan menemui gabungan mewah dan teknologi tinggi. Tempat duduk sport seat yang dibalut kulit dan Alcantara memberikan keselesaan dan sokongan untuk seorang pelumba, manakala sistem infotainment yang canggih memastikan anda sentiasa berhubung.

Infotainment sepatutnya bukan menjadi tumpuan asas dalam GT2 RS kerana bunyi enjin yang bising (bunyi merdu bagi peminat Porsche) tidak membantu untuk menikmati lagu ketika mamandu kerana tujuan GT2 RS dihasilkan supaya pemilik benar-benar menikmati prestasi enjin yang sebenar.

Jika anda pentingkan infotainment, GT2 RS bukan satu pilihan, anda boleh pilih memiliki entry level atau starter pac 911 basic.  GT2 RS juga dilengkapi dengan pelbagai bantuan pemandu yang menjadikan pengalaman memandu lebih selamat dan stabil.

Kesimpulan

Porsche 911.2 GT2 RS  adalah simbol keunggulan dalam dunia motorsport. Setiap aspek kereta ini, dari reka bentuk hingga prestasi, menunjukkan dedikasi Porsche dalam mencipta kenderaan yang tidak hanya memukau, tetapi juga memberikan pengalaman pemanduan yang tiada tandingan.

Bagi sesiapa yang mencari gabungan kelajuan, kemewahan, dan kejuruteraan absolute, GT2 RS adalah pilihan yang sempurna. Jika tidak, anda boleh mimilih Turbo S.

Bagi peminat Porsche bercita-cita tinggi, pengalaman memandu Porsche 911.2 GT2 RS  adalah sesuatu yang tidak boleh dilupakan. Ia adalah peluang untuk menjelajah kehebatan kejuruteraan moden dan merasainya sendiri apa yang dimaksudkan dengan “pemanduan sebenar”. Setiap kereta yang anda miliki akan mencerminkan siapa watak anda- Abu Garcia-

Related Posts

There are no related posts yet. 😢