Home

Published

- 7 min read

2018 Aston Martin DB11 V12 Twin-Turbo 5.2L

img of 2018 Aston Martin DB11 V12 Twin-Turbo 5.2L

Tidak begitu hairan jika jenama Aston Martin tidak popular di Malaysia. Budaya aktiviti sosial permotoran di Malaysia telah didominasi oleh jenama Italy iaitu Lamborghini. Bahkan, Lamborghini telah menjadi algoritm utama di media sosial rakyat Malaysia.

Purata jualan jenama Aston Martin juga tidak mendapat sambutan yang tinggi seperti Lamborghini atau Ferrari. Seperti yang disebut berulang kali bahawa setiap model kereta bukan keperluan akan mencerminkan watak kepada pemiliknya.

Sejarah

Aston Martin adalah sebuah jenama kereta mewah British yang terkenal dengan reka bentuk yang prestij dan elegan. Kebiasaannya dikaitkan dengan watak fiksi filem James Bond atau dengan kod sinonimnya 007.

Aston Martin ditubuhkan pada tahun 1913 oleh Lionel Martin dan Robert Bamford. Pada awal permulaan, syarikat ini dinamai sebagai Bamfort & Martin, dan menjalankan perniagaan sebagai pengedar kereta Singer di London (Sumber; Wikipedia) Lionel Martin mengembangkan minat kepada perlumbaan kereta di kawasan bukit yang bernama Bukit Aston.

Dari bukit inilah yang telah mengispirasi nama Aston Martin. Disebabkan En. Lionel Martin yang menyumbang idea pada perlumbaan di Bukit Aston, maka, nama beliau diukirkan pada jenama Aston Martin dan bukannya Bamfort.

Pandu Uji

Lazimnya, saya akan menguji setiap kereta sama ada yang telah dijual atau pun belum. Kali ini saya menjual Aston Martin DB11 V12 5.2 Twin-Turbo.

Dalam psikologi salesman, bukanlah sesuatu yang mudah untuk menjual Aston Martin, di Malaysia Aston Martin kurang mendapat sambutan untuk permintaannya berbanding jenama German dan Italy.

Model

Saya berbangga kerana berjaya menjualnya setelah sekian lama dalam bidang automotif. Saya memandunya di lebuh-raya DUKE yang biasa digunakan pada setiap pengujian. Model DB11 mempunyai dua model yang berlainan enjin, model DB11 V12 Twin-Turbocharged 5.2L dan model DB11 V8 Twin-Turbocharged 4.0.

Pada ketika ini, di gudang kereta terdapat kedua-dua model tersebut, cuma saya memilih model DB11 V12 kerana saya menjualnya. Saya mendapat kebenaran untuk pandu uji dari pembeli untuk membuat rakaman video dan ulasan peribadi.

Umumnya, Aston Martin bukanlah dalam kategori supercar tetapi dalam segmen GT Cars. Melainkan model-model tertentu seperti Vulcan dan Valkyrie. Dengan keadaan kereta GT yang long-wheel base, pemanduannya berbeza dengan supercar, saya terasa seperti ditarik oleh satu jisim yang berat dengan kekuatan enjin V12, kelajuan tinggi di selekoh yang menggayatkan hingga terpaksa mengangkat dongak kepala untuk memastikan laluan selekoh yang selamat ketika dalam keadaan laju antara 100km/h.

Kokpit

Struktur kokpit yang agak tenggelam membuatkan keadaan memandu menjadi lemas sekiranya anda pertama kali memandu kereta GT dalam mod cruising. Walau bagaimana pun, 600 kuasa kuada yang dihasilkan oleh DB11 bukan sebagai kayu ukur kelajuan dalam perlumbaan tetapi hanya berfokus pada pemanduan dalam mod cruising yang menggelongsor seperti terapung di atas jalan raya tanpa perasaan gelisah.

Dalam kebanyakan model Aston Martin, GT mod adalah mod biasa kepada tetapan pemanduan dan tidak seperti sportcar yang lain terdapat comfort-mod untuk pemanduan biasa. Reka bentuk badan tidak mengikut kriteria aerodinamik seperti kereta sport yang lain. Pada mod GT + pula, perubahan pada mod suspensi dan gear, kedua-dua mod GT + akan mengubah pemanduan menjadi lebih agresif serta menghasil bunyi deruman enjin lebih bergema, disebabkan oleh enjin V12 Twin-Turbocharged, maka bunyi tidak sekuat bunyi enjin N/A.

Kelajuan

Kelajuan maksima 0-100km/h dalam 3.9 saat dan boleh memecut sehingga 322km/h.

Interior/ Exterior British Tidak Normal

Di Malaysia, kebanyakan kereta mewah adalah dari negara Jepun dan German, dimana kesemua komponen seperti pelarasan kerusi, butang transmisi dan lain-lain disebelah kanan, manakala, Aston Martin buatan British ini tempat untuk melaraskan kerusi perlu menggunakan tangan kiri dan butang transmisi terletak di bahagian tengah panel antara radio dan penghawa dingin.

Hiasan

Hiasan dalam yang lebih sofistikated dan elegan yang dapat mempengaruhi pemiliknya merasa mewah dan penuh keyakinan.

Seperti yang digambarkan dalam filem James Bond, bagaimana ejen 007 masuk dan mengendalikan Aston Martin dengan penuh gaya sesuai dengan tuxedo mereka. Aston Martin telah bekerjasasama dengan Mercedes setelah sekian lama, skrin infotainmen yang digunakan oleh Aston sama dengan kebanyakan model Mercedes.

Tidak ada keistimewaan dalaman sama ada jenis paparan skrin melainkan susunan komponen butang-butang yang berbeza. Sulaman kontras kerusi dan panel dashboard lebih elegan dan tidak bertemakan sportcar melainkan lebih menimbulkan auro prestij kepada pemiliknya.

Reka bentuk pintu yang dinamai sebagai ‘swan-door’ mungkin hanya sebagai selling point semata. Reka bentuk luaran lebih bersifat tradisional. Rupa bentuk ‘coupe’ yang kelihatan gemuk solid serta kedudukan enjin di hadapan dan panjang (long-overhang hood) sekaligus menampakan Aston Martin seolah-olah seperti kelihatan ‘supersonic’!

Di bahagian tayar depan, Aston membuat reka bentuk seperti laluan angin yang tertinggal umpama seperti sedang memecut laju.

Syabas dan tahniah saya ucapan pada Aston Martin kerana menghasilkan satu reka bentuk yang kreatif.

Perwatakan

Lazimnya, Aston Martin jarang sekali dibeli oleh anak muda, kebanyakan pembeli Aston adalah dari golongan professional seperti arkitek, doktor, jurutera, banker dan peguam.

Golongan professional ini tidak mengarahkan kehendaknya pada jenama Italy. Sesuai dengan watak fiksi filem James Bond dimana ejen 007 dibekalkan dengan sebuah Aston Martin yang berteknologi tinggi. Kebetulan ejen 007 adalah MI6.

Mungkin Aston Martin mengambil kesempatan mempromosikan dalam filem berbanding jenama-jenama lain. Watak 007 cukup versatile dengan tuxedo, muka yang tampan dan perempuan yang cantik.

Tidak hairan mengapa kebanyakan usahawan dan anak muda tidak beralih arah kepada jenama British ini. Aston Martin bijak mencatur strategi pemasaran melalui filem yang wataknya cukup kuat.

007 memainkan peranan penting di dalam filem, ejen akan meletakan kereta di hotel-hotel mewah dengan suit mewahnya sesuai dengan karekter James Bond walaupun ia sebenarnya adalah fiksi. Mana mungkin seorang ejen kelihatan tampan segak sebegitu rupa, melainkan hanya terdapat dalam filem-filem.

Sekali lagi saya ucapkan syabas dengan bangganya pada Aston Martin kerana cukup bijak mengatur strategi pemasaran dan pengiklanan melalui filem James Bond hingga hari ini.

Pembeli-pembelinya akan sentiasa ingin memliki Aston hanya kerana karekteristik luar biasa yang ditonjolkan oleh James Bond. Kebetulan pula, pembeli saya ini adalah seorang banker yang berjawatan tinggi di bank tempatan, sentiasa memakai blazer dan aksesori rantai dan gelang.

Banker ini sentiasa meletakan kereta Aston ini di perkarangan jockey. Memakai kemeja sepanjang berada di bank. Pada hari biasa, banker mengenakan seluar pendek dan tshirt, sesuai apabila dia keluar dari kereta Aston nya, orang ramai akan ternampak kasut loafer yang menonjolkan watak James Bond tersebut.

Pemiliknya kelihatan rugged walaupun sudah berusia lanjut, versatile dengan cermin mata gelap sambil menghisap rokok dengan penuh bergaya. Warna kerata yang elegan kelabu atau silver, jarang untuk kita temui Aston Martin berwarna fancy. Karakter Aston Martin adalah Intovert dan maskulin. Mereka biasa tidak terlibat dengan komuniti sosial seperti Lamborghin owner club.

Mereka lebih mementingkan kestabilan dan terapi di kafe untuk menikmati secawan kopi panas sambil membaca surat khabar.

Saranan

Sepanjang pengalaman, saya tidak terlepas dari sikap bias memberi pandangan dan ulasan, bukan kebetulan juga saya meminati Aston Martin, bagi saya, saya memilih model Vanquish, One-77, DBS Superleggera dan Vantage. Bukan DB series. Bagi yang inginkan kelainan setelah bertahun mengukir pengalaman dengan kereta Italy, anda boleh sahaja membina karakter baharu seperti James Bond, Aston Martin lebih berkarisma, iktizam dan kelihatan kukuh kewangan.

Bagi saya, kereta Italy sudah biasa pada masyarakat, saya tidak katakan bahawa kereta Italy tidak bagus, malahan lebih baik teknologinya dari buatan British. Cuma pendapat biasa saya sebagai seorang salesman sejak dari tahum 2008, Aston tidak mementingkan stratifikasi sosial, melainkan Lamborghini, Aston lebih kelihatan anda sudah stabil dari segi kewangan berbanding usahawan lain akan mulai dengan kereta Italy sebagai lambang kejayaan atau ”starter-pack”, Aston menampakan anda sudah lama kaya!

Jarang kita dengar scammer pandu Aston, kebanyakan dari mereka memandu kereta Italy.

Spesifikasi

SpesifikasiParameter
Enjin
  • Jenis enjin: 5.2 liter V12 twin-turbocharged
  • Kuasa kuda: 600 bhp (447 kW)
  • Tork maksimum: 700 Nm (516 lb-ft) pada 1,500-5,000 rpm
  • Pecutan (0-100 km/j): 3.9 saat
  • Kelajuan maksimum: 322 km/j
  • Transmisi: 8-kelajuan automatik ZF
Chasis dan Suspensi
  • Struktur aluminium
  • Suspensi
    • Depan: Double wishbone independent suspension
    • Belakang: Multilink independent suspension
  • Penyerap hentakan: Adaptive damping system (ADS) dengan 3 mod pemanduan (GT, Sport, Sport+)
Reka Bentuk dan Aerodinamik
  • Aeroblade: Sistem saluran udara yang mengalirkan udara untuk kestabilan aerodinamik tanpa keperluan spoiler besar.
  • Curlicue: Lubang udara pada sayap depan untuk mengurangkan rintangan angin.
  • Material: Kombinasi aluminium dan karbon fiber
Tayar dan Brek
  • Saiz roda: 20 inci aluminium
  • Tayar: Bridgestone Potenza 255/40 ZR20 (depan) dan 295/35 ZR20 (belakang)
  • Brek
    • Depan: Cakera ventilasi 400 mm dengan kaliper 6-piston
    • Belakang: Cakera ventilasi 360 mm dengan kaliper 4-piston
Bahan Api
  • Penggunaan bahan api (gabungan): Sekitar 13.0 L/100 km (21.7 mpg UK)
  • Emisi CO2: 265 g/km
Teknologi
  • Sistem infotainmen: Mercedes-AMG infotainment dengan skrin LCD 8 inci, kawalan suara, dan navigasi satelit.
  • Sistem bunyi: Bang & Olufsen audio dengan 13 speaker.
  • Sistem keselamatan: Termasuk ABS, EBD (Electronic Brakeforce Distribution), kawalan stabiliti, bantuan brek kecemasan, (Hill Start Assist).
Interior dan Kemewahan
  • Tempat duduk: Kulit premium dengan pelarasan elektrik penuh dan fungsi pemanas serta penyejuk.
  • Material: Kulit semulajadi dan pilihan trim seperti kayu, karbon fiber, atau aluminium anodized.
  • Ruang simpanan: 270 liter ruang but belakang.
Mod Pemanduan
  • GT Mode: Untuk pemanduan santai dan selesa.
  • Sport Mode: Menawarkan lebih responsif pada pedal dan sistem suspensi.
  • Sport+ Mode: Maksimumkan prestasi dan dinamik kereta untuk pemanduan yang lebih agresif.